Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung, Gempa Bumi Di Myanmar

f5530d4f790e6d6856c21d54ad16bfb0678a3df743392

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Iteenews) –Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut dan sentimen pelabur dipengaruhi oleh kejadian gempa bumi di Myanmar, gegarannya turut dirasai di Thailand, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 1.44 peratus atau 22.08mata kepada 1,513.65, paras terendah harian daripada 1,535.73 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.16mata rendah pada 1,531.57dan mencatat paras tertinggi harian pada 1,533.51 ketika sesi tengah hari.

Suasana pasaran juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 563berbanding 395, manakala 408kaunter tidak berubah, 1,106tidak diniagakan dan 133digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.25bilion unit bernilai RM2.13bilion daripada 2.52bilion unit bernilai RM2.41 bilion pada Khamis.

Thong berkata bahawa FBM KLCI juga terjejasoleh aktiviti pengambilan untung dan jualan serantau yang meluas.

“Kami percaya sentimen pelabur terjejas semasa sesi penutup dagangan berikutan berita gempa bumi di Myanmar dan Thailand.

"Walaupun berita gempa bumi mungkin mencetuskan jualan jangka pendek, kami percaya sebahagian besarnya disebabkan tindakan mengambil keputusan secaratergesa-gesa. Pelabur harus sentiasa berhati-hati terhadap sebarang perkembangan terbaharudanimplikasi ekonomi yang berpotensi akan berlaku.