Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Mac(Iteenews) –Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.
Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun11.64 mata atau0.75 peratus kepada 1,547.27 daripada paras penutup1,558.91 pada Khamis.
Petunjuk pasaran dibuka rendah turun3.16 mata kepada 1,555.75 dan bergerak antara paras1,543.21 dan 1,556.46 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak565 berbanding331, manakala 488 kaunter tidak berubah,986 tidak diniagakan dan 15 digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada2.45 bilion unit bernilaiRM2.43 bilion daripada2.98 bilion unit bernilaiRM2.67 bilion pada Khamis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata kebanyakan pasaran serantau mencatatkan penurunan apabila dasar tarif Amerika Syarikat (AS) telah mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran dan menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi.
“Sementara itu, pakar strategi Wall Street sedang membincangkan sama ada kemerosotanekuiti yang dihadapi sekarang boleh mendorong pentadbiran baharu AS untuk mengubah pendekatan tarifnya,” katanya kepada Iteenews.
Beliau berkata ketidaktentuan makroekonomi yang tinggi menyebabkan para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati dalam pasaran domestik.