KUALA LUMPUR, 19 Feb(Iteenews) –Bursa Malaysia Derivatives Bhd mencatat satu lagi pencapaian baharu tahun lepas dengan 18.95 juta kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) diniagakan, meningkat 17 peratus berbanding rekod sebelumnya sebanyak 16.21 juta kontrak pada 2023.
PengarahnyaMohd Saleem Kader Bakas berkata ini merupakan bukti jelas bahawa FCPO ialah alat lindung nilai dan pengurang risiko yang menjadi pilihan dalamkalangan peniaga minyak makan dunia.
"Kami kekal fokus dalammengukuhkan pasaran kami dengan meningkatkan ekosistem dan menambah baik produk kami bagimengukuhkan kedudukan kami sebagai pusatpencarian harga minyak sawit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Bursa Malaysia Derivatives akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC 2025) ke-36 di sini dari 24-26 Februari yang bakal menghimpunkan pemimpin industri, penganalisis, pembuat dasar, dan pihak berkepentingan untuk membincangkan trend dan cabaran yang membentuk industri itu,
POC 2025 yang akan dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dijangka menarik lebih 2,000 perwakilan dari lebih 50 negara, katanya.
"Program tahun ini akan merangkumi pelbagai topik, termasuk dinamik penawaran-permintaan, strategi harga, serta kesan faktor-faktor makroekonomi dan geopolitik terhadap aliran perdagangan.
"Perbincangan yang diadakan juga akan meneroka aspek-aspek kemampanan dan kawal selia, bersama biodiesel dan oleokimia yang pengaruhnya semakin meningkat dalam pasaran.
"Selain itu, peserta akan mendapat pandangan mengenai bagaimana kemajuan inovasi mengubah industri ini," katanya.
Bursa Malaysia Derivatives menyatakan acara utama untuk edisi itu akan terus menampilkan barisan penceramah terkemuka melibatkan pakar-pakar industri global dan pembuat keputusan yang berpengaruh.