KUALA LUMPUR, 7 Mac(Iteenews) — Bumi Armada Bhd telahmemperoleh dua kontrak bernilai sebanyak RM578.4 juta dari syarikat minyak milik India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC).
Firma perkhidmatan minyak dan gas luar pesisir ituberkata syarikat usaha samanya, Shapoorji Pallonji Armada Oil and Gas Services Pte Ltd (India) (SPAOGSPL) telah menerima kontrak bernilai RM127.0 juta untuk operasi dan penyelenggaraan (O&M) kapal pengeluaran terapung, penyimpanan dan pemunggahan Armada Sterling II(Armada Sterling II FPSO).
FPSO Armada Sterling II berkhidmat di medan Kluster-7 ONGC, yang terletak di pantai barat Mumbai, India.
“O&M tersebut berkuatkuasa mulai 8 Mac2025, untuk tempoh tiga tahun, dengan opsyen tahunan bagi melanjutkan pajakan sehingga tambahan tiga tahun,”katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
SPAOGSPL dimiliki secara 60:40 peratus oleh Shapoorji Pallonji Energy Pvt Ltd dan Bumi Armada (Singapura) Pte Ltd, anak syarikat milik penuh Bumi Armada.
Dalam satu makluman berasingan, Bumi Armada berkata syarikat usaha bersama Armada C7 Pte Ltd (AC7) menerima pemberitahuan anugerah bernilai RM451.4 juta untuk pajakan tanpa kru Armada Sterling II FPSO.
“Pajakan tanpa kru ini akanberkuatkuasa mulai 8 Mac2025untuk tempoh tetap selama tiga tahun, dengan opsyen penyambungan sehinggatiga tahun," katanya.
AC7 dimiliki secara 51:49 peratus oleh Shapoorji Pallonji Energy Pvt Ltd dan Bumi Armada Offshore Holdings Ltd, anak syarikat milik penuh Bumi Armada.
Mengenai lanjutan kontrak untuk pajakan Armada Sterling II FPSO oleh ONGC, Bumi Armada berkata entiti yang dikawal bersama, SP Armada Oil Exploration Pte Ltd belum menerima apa -apa notis sambungan bagi sambungan,