BRICS : Malaysia Berpotensi Jadi Pintu Masuk Aktiviti Ekonomi ASEAN – Pakar

b27ec9e0e169e1189fd14497b74bdcb5634a20d77247c

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Iteenews) — Penyertaan Malaysia dalam BRICS akan menyerlahkan potensi negara sebagai pintu masuk bagi aktiviti ekonomi di negara-negara ASEAN, kata pakar ekonomi.

Penganalisis Ekonomi INCEIF University Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata Malaysia juga berupaya memanfaatkan peluang perdagangan untuk meningkatkan akses pasaran, sekali gus menarik lebih banyak pelaburan dari negara-negara BRICS.

Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk menyertai BRICS, blok kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang ditubuhkan pada 2009 dan merangkumi Brazil, Russia, India sertaChina selain disusuli penyertaan Afrika Selatan pada 2010.

Pada Januari2024, negara-negara seperti Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertainya sebagai anggota baharu.

“Apabila kita menyertai satu-satu blok ekonomi, kita akan menikmati beberapa (manfaat seperti) pelepasan cukai serta halangan bukan tarif dan sebagainya.

“Brazil misalnya adalah salah satu penyumbang terbesar import daging halal ke Malaysia. Oleh itu, Malaysia berpotensi menjadi pintu masuk utama untuk makanan halal daripada Brazil dengan kos lebih rendah.

“Kita boleh menggunakan peluang ini untuk menjadi pintu masuk bukan sahaja untuk sumber makanan di Malaysia tetapi sebagai pintu masuk untuk sumber makanan negara ASEAN yang lain,” katanya dalam program Ruang Bicara disiarkan di Iteenews TVpada Rabu.

Selain itu, Baharom berkataMalaysiayang juga pengeluar semikonduktor terbesar dunia berpotensi memperluas kerjasama dengan China yang merupakanpengeluar utamakenderaan elektrik.

“Kita perlu meneruskan kerjasamadengan China sebagai pelengkap sektor semikonduktor untuk kegunaan industri di China. Pada masa sama, kita juga harus mengharapkan agar China meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *