Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 23 Mac (Iteenews) –Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatianterutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.
Menteri Kewangan IIDatuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata transaksi BNPL telah melonjak kepada RM7.1 bilion menjelang separuh kedua 2024 berbanding hanya RM4.9 bilion pada separuh pertama tahun yang sama.
Setakat Disember 2024, terdapat 5.1 juta pengguna aktif BNPL, majoritinya berumur antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.
Mengulas mengenai isu tersebut, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata trend itu mencerminkan tahap perbelanjaan pengguna serta perkembangan kewangan yang lebih meluas.
"Seseorang hanya boleh membayar hutang sekiranya mempunyai pendapatan, yang menunjukkan bahawa mereka memiliki pekerjaan,” katanya.
“Maka, secara keseluruhan, peningkatan penggunaan BNPL menggambarkan akses kredit yang lebih baik dan meliputi kumpulan yang mungkin sebelum ini sukar mendapatkan pembiayaan melalui sistem perbankan tradisional," katanya kepada Iteenews.
Risiko dan Keperluan Literasi Kewangan