BNM Umum Langkah-langkah Interim Bantu Tangani Kesan Pelarasan Premium Insurans Dan Takaful Perubatan

62a0747ec5d446011cd0ebc60f57a4706731e4b3aafc2

KUALA LUMPUR, Dec 20 (Iteenews) –Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan langkah-langkah interimuntuk membantu menanganikesan pelarasan premium produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan(MHIT) terhadap pemegang polisi.

Langkah-langkah itu antaranya melibatkan penginsurans dan pengendali takaful (ITO)untuk melaksanakan perubahan premium yang diagihkan disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan bagitempoh sekurang-kurangnya tiga tahun kepada semua pemegang polisi yang terkesan disebabkan oleh penetapan semula premium.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah-langkah ituakan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026.

“Menerusi langkah-langkah ini, sekurang-kurangnya 80 peratuspemegang polisi dijangka mengalami pelarasan premium tahunan yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatankurang daripada 10 peratus,” katanya.

Gabenor BNM DatukSeri Abdul Rasheed Ghaffour berkata langkah-langkah interimini akan memberikan sokongan sementara kepada pemegang polisi, namun, pembaharuan kesihatan yang lebih meluas perlu dipercepat berserta komitmen untuk mencapai hasil yang jelas bagi tahun-tahun akan datang.

“Kita perlu menangani punca-punca utama kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan yang didorong oleh kos perubatan dan penggunaan perkhidmatan perubatan yang lebih tinggi.

“Produk MHIT juga perlu ditambah baik untuk menjadikan produk tersebut lebih mampan dan selaras dengan penjagaan kesihatan berasaskan nilai yang mengutamakan hasil kesihatan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Abdul Rasheed berkata bank pusatsedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, hospital swasta dan ITO dengan semua pihak memberikan sokongan dan komited mendapatkan penyelesaian jangka panjang untuk menangani isu yang rumit ini.

BNM berkata langkah-langkah interim lain adalah bagipemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas dan dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli, ITO akan menangguhkan pelarasan premium yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan untuk sementara waktu iaitu selama satu tahun dari ulang tahun polisi mereka.