BNM Lantik Yogeesvaran Kumaraguru Sebagai Ahli Luar MPC

d0bdea43d4c92fe040c99bf69ff392fc5e7433106e841

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Iteenews) –Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Datuk Yogeesvaran Kumaraguru sebagai ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Sept, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata beliau merupakan ahli ekonomi terkemuka yangmempunyai pengalaman 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum menyertai Kementerian Perladangandan Komoditi sebagai Ketua Setiausaha (KSU) pada 2017.

"Saya mengalu-alukan kehadiran Yogeesvaran sebagai ahli baharu MPC. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang ekonomi sertapenggubalan dasar akan memberikan manfaat kepada perbincangan dan pertimbangan MPC," kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Semasa tempohperkhidmatan di EPU, beliau terlibat dalam penggubalan beberapa Rancangan Malaysia dan merupakan Ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding mengenai hal ehwalekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA 2009), MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari sertamenetapkan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari.

CBA2009 juga memberikan peruntukan kepada pelantikan ahli luar MPC.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *