KUALA LUMPUR, 1 Okt (Iteenews) –Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM660,000 terhadap Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) pada 3 Sept 2024 kerana tidak mematuhi subseksyen 41(4) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP).
Bank pusat dalam kenyataan hari ini berkata, AIKP itudibaca bersama perenggan 27.4.1, 27.4.2, 28.3.1 dan 28.3.2 dalam Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
Menurutnya di bawah dokumen berkenaan, institusi pelapor dikehendaki menjalankan saringan sekatan terhadap pelanggan sedia ada, bakal pelanggan atau pelanggan baharu berdasarkan Senarai Domestik dan Senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR).
Bank pusat berkata ia sebagai sebahagian daripada proses usaha wajar pelanggan dan proses usaha wajar yang berterusan.
“Institusi pelapor juga dikehendaki menyaring seluruh pangkalan data pelanggan mereka untuk sebarang padanan nama positif sebaik sahaja senarai berkenaan diterbitkan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan segera,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, bank pusat mengesan ketidakpatuhan ini semasa pemeriksaan di lokasi, yang mendedahkan kekurangan pada dasar dan prosedur dalaman Agrobank serta pelaksanaannya,menyebabkan kegagalan untuk menjalankan saringan sekatan yang tepat pada masanya terhadap pelanggan dan pemilik benefisial.
Meskipun tiada entiti yang dikenakan sekatan yang diambil sebagai pelanggan dan tiada transaksi yang dibuat untuk entiti yang dikenakan sekatan, kekurangan yang dikesan ini telah mendedahkan Agrobank kepada risiko besar untuk disalahgunakan bagi pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan, katanya.
BNM berkataAgrobank telah mengambil langkah-langkah pemulihan untuk menyemak semula dasar dalamannya serta menambah baik sistem saringan dalamanbagi memastikan saringan sekatan dilakukansegera.
Menurutnya iaakan terus memantau dan menyelia pematuhan Agrobank serta keberkesanannya dalam melaksanakan keperluan berkaitan saringan sekatan.