KUALA LUMPUR, 28 Jan(Iteenews) –Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlahRM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhiAkta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata jumlah AMP yang dikenakan pada 22 Julai, 2024 telah dibayar oleh empat institusi terlibat iaituMalayan Banking Bhd (Maybank),RHB Bank Bhd, Maybank Islamic Bhd dan AmInvestment Bank Bhd.
Maybank dan RHB Bank Bhd masing-masing membayar RM750,000, manakalaMaybank Islamic membayarRM150,000 danAmInvestment Bank RM10,000.
Bank pusat itu berkata penaltidikenakan kerana kegagalan institusi berkenaan mematuhiseksyen 143(3)(b) dan 143(4) FSA dan/atau seksyenseksyen 155(3)(b) dan 155(4) IFSAberkaitan penghantaran maklumat kepada BNM,dibaca bersama dengan keperluan di bawah beberapa dokumen dasar.
Ia berkata di bawah keperluan ini, institusi kewangan dikehendakimenyerahkan data yang tepat pada masanya,tepat dan lengkap,seperti yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen dasar tersebut.
"Institusi-institusi kewangan tersebut telah melakukan ketidakpatuhan yang berkaitan dengan penghantaran data kritikal yang lewat, tidak lengkap, dan/atau tidak tepat berkaitan kewangan dan pembayaran, aset dan liabiliti luar, imbangan tunai pembayaran dan maklumat kredit peminjam, yang mungkin menjejaskan analisis, pembuatan keputusan dan penerbitan oleh BNM," kata bank pusat itu.
Ia berkatakepentingan institusi kewangan menyerahkan data statistik tepat pada masanya, tepat dan lengkapadalah penting untuk menyokong pengawasan BNM dan penggubalan dasar dalam memelihara kestabilan monetari dan kewangan.
"Data ini juga digunakan untuk statistik monetari dan kewangan utama yang diterbitkan oleh BNM.
"Oleh itu, institusi kewangan mesti memastikan bahawa sistem dalaman dan prosedur operasi mereka adalah cukup kukuh untuk melaksanakan pelaporan statistik yang tepat pada masanya dan tepat kepada BNM, menyelesaikan isu data dengan berkesan pada puncanya dan mengekalkan sumber yang mencukupi untuk menguruskan kewajipan pelaporan institusi kewangan," katanya.