Blackmores Peroleh Sijil Halal Jakim, Perluas Akses Kepada Pengguna Islam

68e7f57898200f3c00e52725063f7cea67ac88684ed7aBlackmores Malaysia and Singapore Country Manager Kumaran Chandrasergaran (middle) with Head of Halal Consultancy and Advisory, Halal Development Corporation Berhad (HDC), Mohd Dhaliff Ghaus Mohd Anuar (left) and Australian High Commissioner to Malaysia, Danielle Heinecke (right) during the Blackmores Halal Certificate Presentation Ceremony held at the Connexion Center.

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Iteenews) — Komitmen BLACKMORES dalam menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pengguna termasuk masyarakat Islam, diperkukuh menerusi pemerolehan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia dan SingapuraKumaran Chandrasergaran berkata pencapaian menjadi jenama barangan buatan Australia pertama yang mendapat sijil halal, mengukuhkan kepimpinan jenama berkenaan dalam industri kesihatan dan kesejahteraan.

"Selain pematuhan halal, pensijilan ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi BLACKMORES terhadap prinsip etika termasuk sumber bahan yang bertanggungjawab, amalan buruh yang beretika, kelestarian alam sekitar dan kebajikan haiwan.

"Perkara ini memastikan produkkami memenuhi standard global tertinggi untuk pengguna di Malaysia dan di luar negara," katanya kepada Iteenews bersempena dengan Majlis Penyampaian Pensijilan Halal BLACKMORES Malaysia di sini hari ini.

Kumaran berkata syarikat itu menjalani audit ketat di kilangWarriewood dan gudang Bungarribee di Australia, dengan setiap proses dinilai begitu teliti berdasarkan piawaian antarabangsa sepertiHazard Analysis Critical Control Points (HACCP), Amalan Pengilangan Baik (GMP), danInternational Organisation for Standardisation (ISO) bagi memastikan setiap peringkat pengeluaran mematuhi standard kecemerlangan tertinggi.

Beliau berkata JAKIM diiktiraf secara global sebagai piawaian emas untuk pensijilan halal kerana langkah pematuhan yang ketat dan dihormati.

"Hari ini, ketikameraikan pencapaian luar biasa ini, kami dengan bangganya menegaskan bahawa jenama seperti BLACKMORES memperoleh pensijilan halal JAKIM, bermakna suplemen kami memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi bukan hanya untuk satu komuniti, tetapi juga untuk semua pengguna.

"Pencapaian ini bukan sekadar mencerminkan dedikasi kami terhadap kualiti dan integriti, bahkan turut membuka peluang baharu untuk inovasi dan pertumbuhan, serta memperluas akses kepada suplemen berkualiti tinggi yangdisahkan halal oleh JAKIM," katanya.

Selama beberapa dekad, BLACKMORES menjadi jenama dipercayai dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, terkenal dengan komitmen terhadap sains semula jadi, amalan beretika dan ketelusan.