Biocon Biologics Komited Kembang Perniagaan Di Malaysia – PM Anwar

db28d0eb8dc19e1c821ae4fd77529205677d407508654 Kredit: X @anwaribrahim 1bece91fdde1894da45f5f9c5c1583a5677d40b017c36 Kredit: X @anwaribrahim 88aa96f374eb29c21fd83c87b558d186677d4089b4fee Kredit: X @anwaribrahim

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Iteenews) — Biocon Biologics, sebuah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan biosimilar berkualiti tinggi, komited untuk melaksanakan pengembangan perniagaannya di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kewujudan syarikat itudi Malaysia melibatkan pelaburan berjumlah US$350 juta selain menyumbang kepada nilai eksport negara sebanyak US$560 juta.

"Dasar kerajaan yang mesra pelabur serta petunjuk-petunjuk ekonomi negara yang positif telah mendorong keyakinan pelabur-pelabur ke atas Malaysia.

“Ini diselaras dengan matlamat jangka panjang, terutamanya dalam kualiti pekerjaan dan produk negara," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman media sosial X beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telahmenerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics Kiran Mazumdar Shaw dan delegasi syarikat berkenaan.

"Kami telah bertukar-tukar pandangan berkaitan prakarsa (usaha) dalam memajukan keupayaan bioteknologi tempatan yang turut melibatkan kepentingan pelabur-pelabur asing dalam melaksanakan peralihan teknologi dan peningkatan program latihan kepada bakat-bakat tempatan," kata Anwar.

— BERNAMA