KUALA LUMPUR, 9 Sept (Iteenews) –Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd (Binastra), Binastra Builders Sdn Bhdmemperoleh kontrak pembinaan bernilai RM574.4 juta daripada Exsim Jalil Link Sdn Bhd.
Kontrak itu bagireka bentuk, pembinaan, pengujian dan pengoperasiankerja-kerja pembinaan utama untuk Fasa 2 cadangan pembangunan pusat data di Bukit Jalil, di sini.
Pengarah Urusan BinastraDatuk Jackson Tan Kak Seng berkata apabila memasuki Fasa 2, pihaknyaakan bekerjasama rapat dengan pelanggan dan juruteranyauntuk menggabungkan ciri-ciri alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang dipertingkatkan memastikan pembangunan sejajar dengan piawaian kemampanan global.
“Selepas diberi kepercayaan dengan Fasa 1 projek pembangunan pusat data ini pada 2023, yang dijangka siap pada akhir 2024 dan berjaya disewakan kepada syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura, Aperia Cloud Services, kami terharu diberikan tanggungjawab untuk menyelia fasa kedua pusat data yang dicadangkan ini melalui kontrak terbaharu ini.
“Kemahiran kerja kami yang berkualiti dan menyiapkan projek tepat pada masanya telah mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap kami,” kata Tan.
Menurut syarikat itu,kerja-kerja pembinaan untuk Fasa 2termasuklah sebuah blok pusat data lima tingkat, ruang pejabat danpencawang elektrik.
Projek ini dijangka bermula pada 1 Okt,2024dengan tarikh siap disasarkan dalam tempoh 16 bulan.
“Pusat data yang dicadangkan ini, mewakili kontrak tunggal terbesar kumpulan yang pernah diperoleh, menjadikan nilai perolehan kontrak kami yang belum selesaikepada paras tertinggi sebanyak RM3.3 bilion,” katanya.
— BERNAMA