Bina Puri Holdings Bhd
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Iteenews) –Bina Puri Holdings Bhd (Bina Puri) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Sumbangan Lagenda Sdn Bhd telah menyelesaikan pengeluaran kemudahan kredit berjumlah RM73 juta daripada MBSB BankBhd.
Bina Puri dalam satu kenyataan hari ini berkata kemudahan kredit daripada MBSB secara signifikan akan mengukuhkan kedudukan kewangan Sumbangan Lagenda dengan ketara sebagai pengendali The Main Place Mall @ USJ 21 di Subang Jaya.
“Pembiayaan itu membolehkannya memenuhi keperluan modal kerja, meningkatkan tawaran, menarik penyewa baharu dan menyediakanpengalaman membeli-belah yang lebih baik.
Pembangunan The Main Place pada asalnya merupakan sebuah hartanah lama dan usang yang terbengkalai kira-kira 16 tahun, Bina Puri menerusi Sumbangan Lagendamenjalankanprojek pembangunan semula dan ia siap pada 2014.
Sejak itu, The Main Place Mall telah mencapai kadar penyewaan lebih daripada 90 peratus.
“The Main Place Mall adalahkompleks membeli-belah berorientasikan keluarga. Ia merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur menggabungkan komponen kediaman, rekreasi, runcit serta makanan dan minuman(F&B),” kata Bina Puri.
Menurutnya, Spectrum International University College, salah satu penyewa di The Main Place baru-baru ini mengembangkan ruangnya hampir 20,000 kaki persegi, selain itu jenama terkenal seperti Kids Nation dan Bungkus Kaw Kaw menjadipenyewa terbaharunya.
Secara keseluruhan, Bina Puriyakin bahawa momentum positif ituakan terus memacu pertumbuhan berterusan The Main Place Mall.
— BERNAMA