BIMB Holdings Jalin Usaha Sama Dengan RELDYN Bagi Pacu Kewangan Digital Patuh Syariah

b355452e45cd86705c47a43e43c0733567a4c7b77bef5 8fac03c35dc80928ba8ff5109e0f350567a4c99b4b224 41bd6f80fe4f232ebcbb61c5710a0bcf67a4c9e9a2904

KUALA LUMPUR, 6 Feb(Iteenews) –Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menerusi anak syarikat milik penuhnya,BIMB Holdings Sdn Bhd (BIMB Holdings) mengadakan usaha sama strategik denganRELDYN Tech Sdn Bhd (RELDYN) bagi memacu lanskap kewangan digital patuh Syariah.

Perjanjian usaha sama antara kedua-dua pihak dimeterai hari ini bagi menubuhkanFINODYN Sdn Bhd (FINODYN) iaitu entiti teknologi kewangan yang akan menawarkan platform teknologi kewangan, perisian dan perkhidmatan terkini kepada pasaran.

Menerusi usaha sama ini, BIMB Holdings akan menguasai 40 peratus ekuiti, manakala RELDYN memegang baki 60 peratus ekuiti dalam FINODYN.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bank IslamDatukMohd Muazzam Mohamed berkata bank itu memanfaatkan teknologi terkini bagi membina tenaga kerja berdaya saing yang memacu inovasi dan memastikan pengalaman perbankan digital yang lancar sertacekap kepada pelanggan.

Katanya, transformasi digital Bank Islam tertumpu kepada inovasi berterusan, rangkuman kewangan dan kesediaan masa depan.

“Dengan memanfaatkan teknologi dengan penuh tanggungjawab, memupuk perkongsian strategik dan menerima perubahan digital, kami kekal komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat.

“Pelaburan kami dalam kewangan dan modal insan dalampendigitalan merupakan persediaan bank bagi menghadapi masa depan kerana ia bukan satu pilihan tetapi satu kemestian,” katanya dalam ucaptama pada majlis “In Conversation Series: Building a Future-Ready Bank” hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank IslamNoor Farilla Abdullah berkata usaha sama antara BIMB Holdings dan RELDYN bertujuan memasarkan dan menjual perisian serta platform berkaitan kewangan Islam dan perbankan Islam.

“Ia merupakan salah satu cara kami untuk mempelbagaikan penyelesaian perbankan Islam dan kewangan Islam.