GEORGE TOWN, 18 Jan(Iteenews) –Eleganz Lifestyle Sdn Bhd, sebahagian daripada unit Kumpulan Autolifestyle, hari ini membuka secara rasmi bilik pameran kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS pertamanya di Pulau Pinang.
,Pengarah Urusan Eleganz LifestyleOoi Choon Lim berkata inimenandakan satu peristiwa penting dalam peralihan syarikat itu ke arah mobiliti mampan.
Menurutnya, bilikpameran Proton e.MAS itu bukan sahaja mempamerkan komitmen Proton terhadap inovasi dan kemampanan tetapi juga menempatkan stesen pengecasan EV terpantas di wilayah utara, yang mampu mengecas pada kelajuan sehingga 120kW.
“Pengecas ini bukan sahaja untuk kegunaan kenderaanProton e.MAS kami tetapi juga bagi komuniti pemilik kenderaan elektrik yang semakin berkembang diwilayahini dan kami komited untuk menyediakan kemudahan yang memenuhi keperluan pemilik EV sambil mempromosikan penerimagunaankenderaan elektrik yanglebihmeluas.
“Bilik pameran kami secara rasmi telah diiktiraf sebagai Hab Hijau Pulau Pinang oleh Majlis Hijau Pulau Pinang, yang menyerlahkan komitmen kami terhadap amalan perniagaanmampan sertaperanan kami dalam menyumbang kepada visi Pulau Pinang untuk menjadi bandar hijau contoh,” katanya.
Oii berkata demikian padamajlis pelancaran bilik pameran tersebut di Jalan Jelutong, di sini, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Dengan lokasinya yang strategik berhampiran Jambatan Pulau Pinang dan George Town, bilik pameran itu dilihat sebagai mercu tanda bagi pemilik EV, terutamanya bagi mereka yang melancong ke wilayah utara Malaysia dan stesen pengecasan berkelajuan tinggi itu juga dibuka 24 jam tujuh hari seminggu kepada orang ramai.
Sementara itu, Chow berkatapembukaan bilik pameran Proton e.MAS pertama tersebut akan dapat membantu usahaPulau Pinang ke arah menjadi hab terkemuka bagi mobiliti mampan.
Menurutnya, dengan lebih 20,000 pendaftaran EV di Malaysia pada2024, Pulau Pinang berada di kedudukan strategik untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkatitu dan inisiatif ini sejajar dengan Wawasan Penang2030, yang berusaha untuk mewujudkan negeri yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.