BHIC Jual Kepentingan Dalam CAD Kepada Syarikat Jerman Pada Harga RM54 Juta

0c963455f1ba05d6a58e2cd803b22426619c8a5f68ee3

KUALA LUMPUR,24 Dis(Iteenews) –Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) menjualpegangan ekuitinya dalam Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) kepada pengeluar automotif dan pertahananJerman, Rheinmetall AG.

Dalam satu kenyataan, BHIC berkata anak syarikat milik penuhnya, BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, mencapai persetujuan dengan Rheinmetall untuk menjualsaham dalam pegangan susulanrundinganpada Disember 2023.

Ia berkatapemegang sahamnya mengundi untuk meluluskan penjualan2.55 juta saham yangbernilai RM54 juta itu dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan hari ini.

“Penjualanitu mewakili 51 peratus pegangan ekuiti dalam CAD dan dianggap sebagai langkah strategik yang akan memudahkan pertumbuhan kumpulan bergerak ke hadapan,” kata BHIC.

CAD terlibat terutamanya dalam pembuatan pemasangan papan litar bercetak industri dan pemasangan binaan kotak dan dalam pengeluaran modul, subpemasangan elektronik, antena dan geganti masa elektronik untuk industri automotif.

Rheinmetall memiliki 49 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Feroz Razi Ramli berkata penjualanitu akan mengukuhkan lagi kewangan kumpulan berikutan penyelesaian hutang RM417 juta pada awal 2024, dan memudahkan penjajaran semula strategik perniagaannya.

— BERNAMA