— Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 6 April(Iteenews) –Padiberas Nasional Berhad (Bernas)telah menyalurkan sepenuhnyabantuan khas sebanyak RM90juta kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), sebagai komitmen tidak berbelah bagisyarikat itu terhadapkebajikan pesawahdi negara ini.
Dalam kenyataannya, Bernas menekankan bahawa langkah itu selaras dengan janjisyarikat itu untuk menyokong inisiatif Kerajaan MADANI dalam meningkatkan taraf hiduppesawah yang kurang berkemampuan dan memastikan keterjaminan makanan negara.
Menurut kenyataan itu, danatersebut yang keseluruhandisumbangkan oleh Bernas tanpa menggunakan dana awam,disalurkan menerusi dua fasadengan fasa pertama sebanyak RM60 juta dibayar secara berperingkat manakala bayaran terakhir RM15 juta telah diselesaikan pada 5 Mac lepas.
Menurut Bernas peruntukan tambahanRM30 juta seperti diumumkan oleh Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Feb lepas, juga telah disalurkansepenuhnya kepada kerajaan pada 28 Mac.
“Sebagai entiti swasta, semua sumbangan itu tertakluk kepada tadbir urus kewangan yang ketat bagi memastikan aspek pematuhan dan akauntabiliti,” menurut kenyataan itu.
Syarikat itu juga menegaskan sokongan berterusan kepada rancangan jangka panjang kementerian bagi meningkatkan kebajikan petani, menjaminkestabilan dan ketersediaan bekalan beraskepada seluruh rakyat Malaysia, serta berkerjasama rapat dengan KPKM dan pihak berkepentingan lain bagi melaksanakan inisiatif strategik yang mengukuhkanagenda keterjaminan makanan negara.
— BERNAMA