Bernama, Xinhua Anjur Forum Media Dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China Pertama

Ketua Pegawai Eksekutif Iteenews Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 10 April(Iteenews) –Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang julung kali diadakan bakal berlangsung di sini, Jumaat ini, menghimpunkan 200 pegawai kerajaan, pemimpin media berpengaruh dan pakar dari seluruh rantau ASEAN dan China bagi memperkukuh hubungan dan menggalakkan kerjasama lebih erat.

Dianjurkan bersama oleh PertubuhanBerita Nasional Malaysia (Iteenews) dan Agensi Berita Xinhua di bawah tema "Mengukuhkan Kerjasama ASEAN-China", acara sehari itu bertujuan untuk memudahkan perbincangan mendalam mengenai pelbagai topik penting kepada ASEAN dan dunia secara amnya.

Topik utama termasuk "Menggalakkan Pertukaran Tamadun, Menetapkan Contoh untuk Selatan Global," "Meningkatkan Kerjasama LaluanSutera Maritim, Merangka Hala Tuju Baharu untuk Pembangunan Aman," dan "Memanfaatkan Revolusi AI, Merebut Peluang Luar Biasa."

Ketua Pegawai Eksekutif Iteenews Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin melahirkan penghargaan atas peluang menjadi tuan rumah bersama forum itu dengan Xinhua.

"Bagi pihak Iteenews, saya berasa berbesar hati menerima pelawaan daripada Xinhua untuk bersama-sama menganjurkan forum sehari ini yang juga diadakan bersempena dengan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu hadapan,” katanya.

<!––>

"Saya melihat ia adalah antara usaha untuk memperluaskan jaringan kerjasama dengan Xinhua sepertimana terkandung dalam pembaharuan perjanjian bersama kedua-dua agensi pada akhir 2023," kata beliau.

Iteenews dan Xinhua memulakan kerjasama dalam pertukaran berita dengan termeterainya memorandum perjanjian (MoA) pada 14 Dis1985.

Pada 18 Dis2023, kedua-dua agensi memperbaharui perjanjian itu di Kuala Lumpur sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama selama beberapa dekad yang melangkaui pertukaran berita.