Berjaya Food Catat Kerugian Bersih RM91.51 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

d6da3183c8fb60bab663bbc1f12881c65ed5e846c997e

KUALA LUMPUR, 27 Ogos(Iteenews) –Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkankerugian bersih sebanyak RM91.51 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, berbanding keuntungan bersih RM103.40 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

BFood dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehansyarikat turun kepada RM730.30 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya.

Perolehanlebih rendah itu adalah disebabkansentimen semasa berkaitan dengan konflik di Timur Tengahserta kerugian sekali susulan penjualankeseluruhan kepentingan ekuiti kumpulan dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

Bagi suku keempat 2024, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM38.20 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM17.28 juta pada suku yang samatahun lepas manakala perolehan merosot kepada RM130.56 juta daripada RM271.74 juta.

BFood juga tidak mengesyorkan sebarang dividen padasuku tersebut.

Mengenai prospek masa depan, BFood berkata lembaga pengarahmenyedari akan keadaan pasaran yang mencabar ketika ini dan tekanan luaran yang menjejaskan prestasi perniagaan kumpulan.

"Walaupun menghadapi kesukaran ini, kami tetap optimis dalam berhati-hati dan menjangkakan prestasi operasi meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun kewangan akan datang.

"Meskipunpemulihan mungkin perlahan disebabkan keadaan tidak menentuyang berterusan, lembaga pengarahpercaya pelarasan strategik dan penambahbaikan operasi akan dapat membantumengukuhkan kedudukan kumpulan dan mencapai keputusan kewangan yang lebih baik," katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *