Benchmark Electronics Buka Kemudahan Keempat Di Pulau Pinang

d255471d673f7a7d3b714b4097feb51c66e2b5a357dc4

BATU KAWAN, 12 Sept (Iteenews) — Syarikat multinasional kejuruteraan, reka bentuk dan perkhidmatan pembuatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Benchmark Electronics hari ini membuka kemudahan keempatnya di Pulau Pinang dengan pelaburan US$20 juta (US$1=RM4.3285).

Naib Presiden Benchmark GroupDatuk Dr Bala Murugan berkata kemudahan baharu itu yang terletak di Taman Perindustrian Batu Kawan berkeluasan lebih 8,000 meter persegi dengan kawasanuntuk terus berkembang di tapak berkenaan.

Menerusi bangunan baharu berkenaanBenchmarkkini akan mengekalkan lebih 40,000 meter persegi. kawasanpengeluaran di Pulau Pinang.

Beliau berkata dengan pembinaan kemudahan baharu Pulau Pinang, Benchmarkkini menggaji kira-kira 1,500 orang di negeri itu, ia akan mengambil sehingga 200 orang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Ini akan menjadi kemudahan keempat Benchmarkdi rantau ini dan akan menjadi tambahan penting kepada kemudahan sedia ada, membolehkan integrasi keupayaan utama dan akan memberi tumpuan terutamanya kepada pelanggan dalam sektoraeroangkasa komersial sertapelanggan yang membeli mesin danperalatan digunakan dalam pembuatan peranti semikonduktor seperti mikrocip dan litar bersepadu.

"Ini menandakan satu pencapaianpenting, menonjolkan keupayaan maju dan komitmen Benchmarkuntuk mewujudkanlebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan di kawasan itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kemudahan tersebut di sini hari ini.

Kemudahan baharu itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BenchmarkJeff Benck, Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang Datuk Loo Lee Lian dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pulau Pinang Muhammad Ghaddaffi Sardar Mohamed.

Bala berkata Benchmark sedang mengembangkan kemudahan di Pulau Pinanguntuk meningkatkan kapasiti bagi pelanggan baharu dan sedia ada, menyokong pertumbuhan jangkaan industri semikonduktor pada tahun 2025 sertameningkatkan keupayaan penyepaduannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *