Belum Ada Cadangan Untuk Malaysia Sertai New Development Bank Setakat Ini – MITI

8d7eebcae5b1b1bfae8253a2f2784cc065688e858848b

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Iteenews) — Belum ada cadangan setakat ini untuk Malaysia menyertai New Development Bank (NDB), kataKementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MITI berkata sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itudan langkah berkenaanakanmenambah komitmen kewangan sedia ada negara.

“Malaysiaperlu mengambil kira dasarkerajaan untuk menghadkan hutang negara kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan hanya bergantung dengan agensi kewangan tempatan, memandangkan Malaysia telah mencapai status graduate country dalamkalangan bank pembangunan pelbagai hala yang lain,” katanyamenerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara.

MITI menjawab soalan Senator Ros Suryati Alang yang ingin tahu adakahMalaysia akan memohon untuk menjadi ahli dalam NDBberpangkalan di China susulan pengumuman Malaysia menjadi ahli gabungan negara-negara BRICS.

Prospek keahlian Malaysia dalam NDB dibincangkan olehMenteri Ekonomi Rafizi Ramli dengan Presiden NDB Dilma Rousseffsemasa pertemuan mereka di Sidang Heads of State and Government in the BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.

MITI berkata keahlian NDB terbuka kepada semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa mengambil kira sama ada negara tersebut adalah negara anggotaBRICS atau sebaliknya.

Untuk menentukan sama ada Malaysia akan menikmati manfaat hasil keahlian dalam NDB, satu analisis kos dan faedah yang menyeluruh perlu dilaksanakan.

“Analisis ini akan mempertimbangkan syarat keahlian, komitmen kewangan dan kuasa mengundi Malaysia dalam NDB,” katanya.

MITI berkata kerajaanperlu mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh yang relevan termasuk agensi sektor ekonomi dan pembangunan bagimendapatkan maklum balas bagi memastikan keahlian dalam NDB seiringdengan keutamaan pembangunan negara.