Belanjawan 2025: Tera Minta Kuota SolaRIS Dilanjutkan, Liberalisasi Grid Berperingkat

a20cc93594fbe788606adaee6f6d81cf66ee6ea2953b1Pengarah Urusan Tera VA Sdn Bhd , Michael Leong (Kredit: Tera VA Sdn Bhd)

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Iteenews) — Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.

Syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan fotovoltaik solar (PV) itu turut meminta supaya kuota SolaRIS ditambah untuk menampung permintaan pemasangan yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Tera, Michael Leong dalam kenyataan berkata, langkah memperluas liputan pemasangan PV solar boleh mengurangkan tekanan terhadap grid dan memberi manfaat kepada komuniti yang bergantung kepadanya untuk bekalan elektrik.

Sejak SolaRIS diperkenalkan pada 1 April lepas, sebanyak 667 pengguna telah menyiapkan pemasangan PV solar menerusi program NEM setakat 9 Julai 2024.

“Pengenalan program ini menyaksikan permohonan domestik meningkat kepada 150 sehari berbanding kira-kira 100 sebelum pelancarannya, dan kuota yang diperuntukkan dimanfaatkan sepenuhnya setakat 11 Sept 2024,” katanya.

Mengenai Skim Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), Leong menyokong liberalisasi grid secara beransur-ansur untuk menggalakkan penyertaan lebih luas dan mewujudkan kerangka yang komprehensif.

Beliau turut meminta kerajaan supaya membuka skim itu kepada korporat yang mempunyai keperluan bekalan elektrik sedia ada, berbanding hanya kepada pihak yang memerlukan kapasiti baharu atau tambahan memandangkan kebanyakan perniagaan tidak mempunyai permintaan elektrik yang semakin bertambah.

"Perubahan ini akan menggalakkan persaingan yang sihat, dan akhirnya memberi manfaat kepada pengguna elektrik melalui kadar yang kompetitif di samping menyokong objektif negara untuk mengurangkan pelepasan karbon," katanya.

Leong turut menggalakkan sokongan daripada kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha kemampanannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *