Belanjawan 2025: Rehda Harap Kerajaan Terus Bantu Pembeli Rumah Pertama

0f3a28e2f421376e30d4b1382ad554356062f2070089f

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Iteenews) –Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) berharapBelanjawan 2025, yang dijadualkan dibentangkan menjelang 18 Oktober akanmengekalkan sokongan kerajaan kepada pembeli rumah kali pertama.

Presidennya, Datuk Ho Hon Sang percaya bantuan berterusan akan memainkan peranan penting dalam merangsang pasaran hartanah selain menjadikan pemilikan rumah lebih mudah diakses.

Beliau berpendapat pembeli rumah kali pertama perlu menikmati potongan cukai ke atas faedah yang ditanggung semasa tempoh pembinaan atau pelepasan cukai peribadi sebanyak RM20,000 ke atas hartanah berharga sehingga RM500,000.

“Pembeli rumah juga harus diberikan pelepasan cukai sekali sahaja berjumlah RM30,000 bagi hartanah berharga sehingga RM500,000.

“Sepatutnya ada skim sewa milik untuk pembeli kali pertama dan lebih banyak bank perlu giat melaksanakan skim pembiayaan bertingkat bagi merapatkan kemampuan,” katanya kepada Iteenews sebagai respons kepada aspirasi Belanjawan 2025 Rehda.

Sementara itu, Ho berkata penyediaan rumah mampu milik telah dikenakan ke atas pemaju tanpa mengira permintaan atau bekalan di lokasi atau negeri masing-masing.

Sehubungan itu, Rehda telah mencadangkan satu pasukan petugas ditubuhkan antara mereka dan pihak berkuasa untuk mengkaji serta menganalisis permintaan sebenar rumah mampu milik.

Ini berdasarkan data dan statistik termaklum, dengan mengambil kira pembeli yang disasarkan, lokasi, bilangan unit dan masa, jelas Ho.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *