Belanjawan 2025 Papar Komitmen Kerajaan Terhadap Tanggungjawab Fiskal – Khazanah

af8aa84aec0162199da764f883c9ae935e5ca0322b7c7

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Iteenews) — Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas memaparkan komitmen berterusan kerajaan terhadap aspek tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan seimbang.

Pada masa sama, ini dapatmengukuhkan daya tahan negara dalam menangani ketidaktentuan global, kata Khazanah Nasional Bhd.

Pengarah Urusannya Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkataKhazanah dan barisan syarikat-syarikatnya, kekal seiring dengan matlamat Belanjawan 2025 serta sedia menyokong agenda strategi melonjakkan Malaysia.

Kumpulan itu akan terusmemacu peruntukan modal strategik, memupuk modal insan berkaliber tinggi, memperkasasyarikat pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), memperjuang usaha kemampanan dan penyampaian inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang bermakna.

“Ini termasuk sepertimana diumumkan dalam belanjawan, komitmen RM1 bilion kami kepada National Fund-of-Funds (NFOF) bagi menyokong pertumbuhan dana modal teroka di Malaysia, komitmen RM1 bilion untuk mengukuhkan industri semokonduktor Malaysia seiring dengan inisiatif GEAR-uP oleh Kementerian Kewangan.

“Komitmen lain adalah RM1bilion bagi mengembangkan lagi Syarikat Peringkat Pertengahan dan menyokong agenda kebudayaan dan warisan menerusi pemulihan tapak warisan ikonik seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara," katanya dalam kenyataan.

Amirul Feisal berkataKhazanah akan melabur sejumlah RM200 juta dalam Program PembangunanBelia K-Youth, mewujudkan peluang bagi 11,000 belia dalam sektor utama seperti semikonduktor dan mengiktiraf kepentingan pembangunan modal insan.

Khazanah juga kekal komited terhadap usaha memajukan pertumbuhan mampan selaras agenda kerajaan berkaitan kelestarian dan peralihan tenaga.

“MenerusiTenaga Nasional Bhd (TNB) dan UEM Lestra Bhd, kami akan melabur dalam menaik taraf rangkaian pembekalan selain berusaha mempercepatpenyahkarbonan taman perindustrian di Malaysia," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *