Belanjawan 2025: Mycron Steel Seru Kerjasama Awam-Swasta Bantu Capai Neutraliti Karbon

a8080917c5d761de04fa1d4e661bc84a66f8c41883672

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Sept(Iteenews) –Pengeluar keluli Mycron Steel Bhd menyeru agar kerjasama awam dan swasta turut diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2025 dalam usahamembantu Malaysia mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Mycron Steel Bhd baru-baru ini memeteraimemorandum persefahaman (MoU) dengan JFE Steel Corporation, syarikat dari Jepun untuk memacu penyelesaian keluli hijau di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Roshan Mahendran Abdullah berkata adalah penting kerajaan dan pihak industri bekerjasama untuk memacu inisiatif penyahkarbonan sertamenyokong pertumbuhan mampan dalam sektor keluli Malaysia.

Malaysia sebelum ini berikrar untuk menjadi negara sifar bersih pelepasan gas rumah hijaumenjelang 2050.

Penyahkarbonan, yang mengurangkan pelepasan jumlah karbon terutamanya karbon dioksida ke atmosfera, penting untuk mencapai neutraliti iklim melalui peralihan tenaga.

Roshan berkata terdapat pengeluar keluli yang mendapat manfaat daripada Dana Inovasi Eropah, yang menyokong inovasi dalam teknologi rendah karbon.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak yang didapati melakukan pencemaran di negara Kesatuan Eropah (EU) perlu membayar pelepasan gas rumah hijau mereka melalui Sistem Perdagangan Emisi (ETS), pendekatan berorientasikan pasaran untuk mengawal pencemaran dengan menyediakan insentif ekonomi bagi mengurangkan pelepasan bahan pencemar.

Wang yang diperoleh daripada ETS itu akan dilabur semula ke dalam Dana Inovasi berkenaan,satu daripada program pembiayaan terbesar di dunia untuk teknologi rendah karbon berinovatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *