Pengangkutan Awam Malaysia
KUALA LUMPUR, 19Okt (Iteenews) — Ramai ahli akademik berpandangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam bersifat inklusif,menyeluruhdan memfokus kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dengan strategi mengemudi ekonomi negara ke tahap lebih baik.
Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata belanjawan itumembuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan negara yang mampan dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu struktural yang lebih besar termasuk ketidaksamaan sosial dan ekonomi.
Beliau berkata belanjawan itu juga memfokuskepada keseriusan serta komitmen kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Malaysia Timur, apabila Sabah dan Sarawak menerima peruntukan antara yang tertinggi pada belanjawan itu, iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.
"Peruntukan besar kepada Sabah dan Sarawak boleh dilihat sebagai responskerajaan kepada ketidakseimbangan antara wilayah dan pemberian dana lebih besar kali ini diharap dapat membawa lebih banyak perubahan untuk manfaat rakyat menerusi pelbagai projek infrastruktur.
"Ini juga menjadi bukti keikhlasan Kerajaan Perpaduan untuk menyantuni seluruh negeri di Malaysia, yang jugajelas dilihat dalam pelbagai pengumumankepada negeri ditadbir pembangkang, untuk pembangunan infrastruktur demikesejahteraan rakyat," katanya kepada Iteenews.
Sehubungan ituAwang Azman berharap pemantauan teliti dan berkala terhadap pelaksanaan semua projek yang diumumkan itu dibuat di segenap peringkat supaya tiada ketirisan dan tidak berlaku projek terbengkalai atau lewat siap bagi memastikan setiap dana yang dibelanjakan sampai ke peringkat akar umbi.
Beliau berkata belanjawan itu juga mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan yang bersifat menyeluruh yang memfokus kepada reformasi ekonomi, peralihan tenaga, pengangkutan awam dan pembangunan perindustrian.
"Ini menunjukkan kerajaan berusaha meletakkan asas jangka panjang untuk masa depan ekonomi negara yang lebih stabil dan inklusif termasuk dalampembangunan bidang kritikal masa kini seperti kecerdasan buatan (AI) kepada universiti tempatan dan aspek digitalisasi supayatidak ketinggalan dalam perubahan terkini," katanya.
Mengulas cadangan penyasaran subsidi petrol RON95, Awang Azman berkata tindakan itu walaupun menimbulkan keresahan kepada segelintir rakyat, namun pada jangka panjang dapat membantu mengurangkan defisit belanjawan negara tanpa mengenepikan golongan yang masih layak menikmati subsidi.