Pengarah Institut Pembangunan dan Pengurusan Inklusif Malaysia Tan Sri Noor Azlan Ghazali
KUALA LUMPUR, 21 Okt(Iteenews) -Kerajaan MADANI mempamerkan rangka kerja ekonomi yang mantap menerusi pembentangan Belanjawan2025 pada Jumaat lepas, selain turutmenangani keperluan untuk mengukuhkan kekompleksanekonomi negara.
Pengarah Institut Pembangunan dan Pengurusan Inklusif Malaysia Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata berbeza dengan belanjawan sebelumnya yang memfokuskan terutamanya kepada peruntukan sektor, Belanjawan 2025 mula menangani keperluan untuk menambah baik kekompleksanekonomi negara.
“Sebelum ini, peruntukan disediakan berdasarkan sektor dan saya tidak begitu menyokongidea untuk mengenal pasti sektor yang mana. Idea kekompleksan seharusnyaterpakai kepada semuasektor.
“Sebab itu idea kekompeksansepatutnya diterjemahkan kepada semua sektor. Tidak ada sektor yang tidak penting, termasuk pertanian,” katanya kepada pemberita selepas Perbahasan Pasca Belanjawan 2025 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) di sini, hari ini.
Dilaporkan bahawa setakat 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-56 dalam Indeks KekompleksanEkonomi (ECI) dengan skor ECI 1.12 mencerminkan kedudukannya sebagai ekonomi sederhana kompleks.
Noor Azlan berkata setiap sektor perlu diberi peluang untuk membangun dan meningkatkan kekompleksannya.
"Anda tidak boleh mengatakan pembuatan lebih baik. Mungkin kita terlalu menumpukan pada pembuatan dan mengabaikan pertanian. Apa yang paling penting ialah memajukan kekompleksanekonomi merentas semua sektor.
“Sebagai contoh, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) memberi tumpuan kepada kekompleksan ekonomi, tetapi ia tidak menerima perhatian yang sewajarnya,” katanya.
NIMP 2030 menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan yang pesat, holistik dan meluasuntuk meletakkan Malaysia sebagai hab perindustrian yang berdaya saing dengan kekompleksanekonomi yang tinggi.