Belanjawan 2025: Kerajaan Imbangi Pertumbuhan Dan Penyatuan Fiskal

d54301ef8baf298f07676b35602b5500664ad0218abcf

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Iteenews) — Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.

Bank pelaburan itu berkata ia percaya langkah mengurangkan defisit fiskal dan keseluruhan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal menyokong ekonomi domestik, pada masa sama memastikan impak minimum terhadap kesejahteraan rakyat walaupun melaksanakan agenda pembaharuan.

“Kementerian Kewangan (MOF) menjangkakan defisit fiskal mengecil kepada 3.8 peratus pada 2025, turun daripada unjuran 2024 sebanyak 4.3 peratus. Inisejajar dengan pandangan kami bahawa kerajaan akan meneruskan melakukan pendekatan terukur dan beransur-ansur untuk penyatuan fiskal,” katanya dalam nota hari ini.

Bagaimanapun, Kenanga IB menganggap matlamat kerajaan untuk mencapai defisit fiskal sebanyak 3.5 peratus menjelang 2025 sebagai “terlalu optimistik”.

Mengurangkanpenyatuan fiskal boleh memberi lebih banyak ruang untuk menyokong pertumbuhan dalam persekitaranketidaktentuan global yang semakin meningkat,” katanya.

Untuk meningkatkan hasil, kerajaan meluaskan asas cukai dengan cukai baharu termasuk cukai terhadappendapatan dividen, cukai minimum global dan duti gula yang lebih tinggi.

Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diperluaskan secara berperingkat pada bulan Mei untuk merangkumi perkhidmatan komersial, barangan tidak penting dan import premium, e-invois untuk semua pembayar cukai akan dilaksanakan menjelang Julai 2025 manakala cukai karbon dijadual dilaksanakan pada 2026.

Secara keseluruhan, Kenanga IB berkata ia percaya peruntukan tertinggi sebanyak RM421 bilion untuk Belanjawan2025 menggariskan komitmen strategik kerajaan untuk menangani cabaran ekonomi, meningkatkan program sosial dan memupuk pertumbuhan, ia menunjukkan dedikasi kerajaan terhadap pembangunan mampan dan kesejahteraan sosial.

“Kerajaan menyasarkan untuk memacu pertumbuhan dan inovasi yang mampan dengan pelaburan strategik dan dasar disasarkan termasuk mempromosikan teknologi hijau, kecekapan tenaga, dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *