KUALA LUMPUR, 12 Okt(Iteenews) –Kerajaan dijangka memperuntukperbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi sebanyak RM94.5 bilion dalam Belanjawan2025daripada unjuran RM88.5 bilion pada2024, untuk meningkatkan sektorinfrastruktur.
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) dalam satu nota penyelidikan berkata pengangkutan dijangka terus mencakupibahagian paling besar dalam perbelanjaan pembangunan, terutamanya dipacuoleh pemulihan semula semula projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi3 (MRT3) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR).
Perbelanjaan pembangunanlain mungkin ditumpuuntukmeningkatkan daya tahan pertanian, pelaburan dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan mampu milik, serta keselamatan negara di tengah-tengah ketegangan serantau.
Kenanga IB juga menjangkakan perbelanjaan mengurus yang lebih tinggi sebanyak RM306.5 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 berbanding RM302.5 bilion dalam unjuran 2024, meskipun jangkaan penghapusan subsidi bahan api RON95 pada separuh kedua 2025.
Menurutnya,hasil kerajaan diunjurkan meningkat semula sebanyak 4.3 peratus kepada RM316.5 bilion pada 2025 berbanding unjuran -3.6 peratus (RM303.5 bilion) pada 2024, atau dibandingkan dengan sasaran 2024 Kementerian Kewangan sebanyak RM307.6 bilion.
"Peningkatan ini dijangka didorong oleh langkah meningkatkan hasil dan pengembangan berterusan aktiviti ekonomi domestik," katanya.
Dari segi ekonomi, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.8 peratus berbanding unjuran lima peratus bagi2024 berikutan peningkatan risiko luaran.
Bank pelaburan itujuga mengunjurkan defisit fiskal sebanyak empat peratus daripada KDNK pada 2025 berbanding unjuran 4.5 peratus pada 2024, memandangkan jangkaanpertumbuhan KDNK yang lebih perlahan tahun depan mungkin membantutkan usaha mengurangkan perbelanjaan dan pembaziran yang tidak perlu.
“Kami juga menjangkakerajaan memperuntukkan RM5.0 bilion hingga RM10.0 bilion dalam dana luar jangka sebagai penampan, yang berpotensi sebagai rangsangan sekiranya berlaku kemelesetan global.