Beban Melampau Pendawaian Elektrik Punca Kebakaran Kereta Di Sarawak – Bomba

Gambar fail Iteenews

SIBU, 8 April (Iteenews) — Kebanyakan kes kebakaran kereta di jalan raya di Sarawakberpunca daripada sistem pendawaian elektrik mengalami beban melampau akibat pengubahsuaian dan pemasangan aksesori berlebihan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Jamri Masran berkata apabila sistem pendawaian elektik mengalami beban melampau suhu menjadi sangat tinggi serta cepat merebak, dan seterusnya berlakunya kebakaran.

“Biasanya daripada statistik dan penemuan kita, kalau kereta terbakar punca berlaku kebakaran adalahberkaitan isu elektrikal. Jarang sekali berpunca daripada enjin. Kalau berpunca daripada enjin disebabkan terdapat kebocoran minyak.

Ad Banner

“Mereka (pemilik kereta) mengubah suai daripada original, mereka tambah lagi (aksesori), contohnya sistem speaker dan radio yang memerlukan kuasa lebih tinggi. Kalau nak buat tuntutan daripada syarikat pengeluar sudah tentu tak dilayan kerana sudah membuat modifikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada mediaselepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra AidilfitriJabatan Bomba dan Penyelamat JBPMSarawak di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merahmalam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan MenteriKesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Micheal Tiang Ming Tee dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Othman Abdullah.

Jamri mengingatkan pemilik kereta di Sarawak jangan melakukan pengubahsuaian sehingga mengakibatkan sistem pendawaian elektrik mengalami beban melampau yangakhirnya mengakibatkan kebakaran.

“Adalah baik supaya mengekalkan seperti mana keadaan keluar daripada kilang demi keselamatan mereka,” tambahnya

— BERNAMA