Kredit: BASF Petronas Chemicals (BPC) Kredit: BASF Petronas Chemicals (BPC)
KUANTAN, 25 Okt(Iteenews) –BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkanbarisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sinibagimemenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Syarikat itu berkatasejak penubuhannya pada 2016, kilang 2-EHAcid telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan di rantau Asia Tenggara.
BPC dalam satu kenyataan hari ini berkata pecah tanah untuk barisan pengeluaran kedua itu telah dilaksanakan pada suku pertama 2023.
Katanya, ia mula beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga2024 denganmenggandakan kapasiti pengeluaran tahunan kepada 60,000 tan.
Dalam pada itu, Ahli lembaga Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi BASF SEStephan Kothrade berkata pengembangan itu menandakan pencapaian penting dalam komitmen kumpulan kepada pertumbuhan yang menguntungkan selain penciptaannilai.
"Sebagai sebahagian daripada strategi baharu kami, kami memberi tumpuan untuk meningkatkan jejak perniagaan teras kami dalam pasaran Asia yang berkembang pesat, memastikan syarikatmemenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat dengan produk berkualiti tinggi," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Bhd Mazuin Ismail pula menekankanpengembangan ini mencerminkan kekuatan kerjasama yang berterusan di antara BASF dan Petronas serta komitmen bersama mereka terhadap pertumbuhan dankerjasama.
"Kami teruja mengenaimasa depan kilang ini. Kapasiti yang meningkat secara strategik meletakkan BPC untuk terus merebut peluang pertumbuhan di rantau ini.
"Dengan permintaanuntuk produk kami yang terus meningkat, kami bersedia untuk memenuhipermintaan dengan cekap selainmemastikan pelangganmenerima produk berkualiti tinggi tepat pada masanya," kataMazuinyang juga berkhidmat sebagai pengerusi BPC.