Oleh Rozlin Rusharmeen Rosmin
KUCHING, 3 Mei(Iteenews) — Di sebalik gerai kecil yang terletak di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong, Bintulu terserlah ketabahan seorang ibu tunggal, Junieta Bokhari, 74, yang cekal mencari rezeki demi menyara hidup selepas pemergian suami sembilan tahun lepas.
Mengusahakan gerai burger bersama empat anak lelakinya berusia antara 18 hingga 29 tahun sejak dua tahun lepas, Junieta berkata keputusan membuka gerai itu di kawasan luar rumahnya untuk menambah perbelanjaan menyara keluarga memandangkannyatidak bekerja.
“Syukur ada terima pencen arwah suami tetapi kos kehidupan tidak lagi sama seperti dahulu dan selain membukagerai burger, saya jugamengambil tempahan membuat kuih sekiranyaadapermintaan dansedikit sebanyak dapatlahmenambahpendapatan menampung keluarga,” katanya kepada Iteenews.
Selain itu, Junieta berkata bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diterima sejak 2023 bagaikan 'sinar rahmat' buatnya untuk dijadikan modal perniagaan membeli bahan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan burgernya.
Wanita itu mengakui STR yang diterimanya itu mungkinpada segelintir orang dianggap tidaklah ‘sebanyak mana’ namun bagi Junietajumlah itubanyak memberi kelegaan kepadanya.
“Duit bantuan sedikit sebanyak membantu kami untuk meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan. Jumlah yang diterima untuk STR ialahRM800 dan diberikan secara berperingkat,fasa pertama RM500 manakala selebihnya fasa kedua.
“Selain STR, saya juga bersyukur apabila layak untuk menerima bantuanSARA (Sumbangan Asas Rahmah) sebanyak RM100 sebulanbermulaApril lepas,” katanya sambil menambah bantuan itumembuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban golongan ibu tunggal berpendapatan rendah sepertinya.
Kerajaan menyalurkan pembayaran STR Fasa Dua bermula 24 Mac, dengan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas, melibatkan hampir sembilan juta penerima terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia mendapat bantuan hingga RM650.