KUALA LUMPUR, 19 Mac (Iteenews) — Bank Rakyat mencatat pembiayaan sebanyakRM17.45 bilion berbanding sasaran awal RM14.04 bilion menerusiKempen Mega Pembiayaan Peribadi-i, kataTimbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Haimee Zakaria.
Beliau berkata jumlah berkenaanmerangkumi fasa satu dan fasa dua yangberlangsung dari 1 September hingga 30 Nov2024serta 1 Disember hingga 28 Feb2025.
"Kami telah menerima peningkatan sebanyak 50 peratus permohonan bagi kempen ini berbanding fasa satu. Lebih daripada 80,000 permohonan diterima untuk kempen ini bagi fasa dua," katanya kepada pemberitaselepas Majlis Hulurkan Salam di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perbankan Runcit Khairudin Abdul Rahman berkata Bank Rakyat akan mengeluarkan 300,000 Touch Cardkepada pelanggan baharu dan sedia ada tahun ini.
"Antarainisiatif penyelesaian yang kita laksanakan hari ini adalah pelancaran Touch Card bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk mengenal pasti sama ada kad itu kad debit atau kredit," katanya.
Touch Card adalah kad perbankan patuh Syariah yang direka khas untuk membantu pengguna OKU penglihatan melakukan transaksi dengan lebih mudah dan selamat.
Sementara itu, bank berkenaan dalam kenyataan berkata iamenjalinkan kerjasama dengan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) bagi inisiatif Touch Card, dengan 30 ahli PERTIS menerima insentif berjumlah RM200 setiap individumenerusi Kad Debit-i Bank Rakyat yang akan tersedia pada April 2025.
Bank Rakyat turut menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) dengan menawarkan pembiayaan bernilai RM250 juta kepada lebih 116,000 ahli KPDRM.
"Pembiayaan ini diharapkan dapat membuka ruang dan peluang untuk menembusi pasaran koperasi dengan lebih meluas," katanya.