Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Datin Zaharah Muttalib menunjukkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth selepas diperkenalkan di Boathouse by the lake, Tasik Ampang hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAKCIPTA TERPELIHARA Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam (Perbankan Runcit) Mizan Masram (kiri) bersama Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Datin Zaharah Muttalib (kanan) mempamerkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth selepas diperkenalkan di Boathouse by the lake, Tasik Ampang hari ini.–fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
KUALA LUMPUR, Jan 17 (Iteenews) –Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan 800 langgananKad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth yang baru dilancarkannyamenjelang akhir tahun ini.
Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank IslamDatin Zaharah Muttalib berkata produk baharu itu disasarkan kepada pelanggan mewahnya.
"Premier Wealth sebenarnya adalah platform untuk pelanggan individu kami yang bernilai tinggi di Bank Islam, disesuaikan untuk pelanggan dengan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak RM250,000.
"Dengan itu, mereka akan layak menjadi pelanggan Premier Wealth," katanya pada majlis pelancaran kad itu, di sini, hari ini.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan hari ini Bank Islam berkatakad kredit eksklusif hanya melalui jemputan itumenyediakan gabungan unik keistimewaan dan manfaat yang kompetitif.
"Bank menyediakan ganjaran 5,000 mata Enrich kepada 200 pelanggan terawal yang memohon dan membuat perbelanjaan bernilai minimum RM500 sebelum 31 Mac, 2025, sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan kad mewah atas sokongan dan kepercayaan mereka.
"Kad ini direkauntuk meningkatkan gaya hidup pelanggan mewah kami, meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga ganjaran TruPoints yang menarik,” katanya.
Selain itu, pemegang kad boleh menikmati pelbagai manfaat eksklusif termasuk lima kali (5X) akses di lebih 200 ruang istirahat Plaza Premium di 37 negara di seluruh duniasetiap tahun.
Bank Islam juga menawarkan ganjaran kesetiaan TruPoints yang menarik iaitu tiga kali (3x) TruPoints bagi transaksi tanpa sentuh dan petrol, dua kali (2x) TruPoints untuk perbelanjaan di kedai fizikal di luar negara dan RM1 tanpa had = 1 TruPoints untuk sebarang perbelanjaan runcit.