Bank Islam Perkenal Kad Kredit-i Mastercard Inspire Untuk Golongan Profesional Muda

3c4535e925321d4d559b5c14f8f2215b66f697b23a2d9 Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam bagi Perbankan Runcit Mizan Masram (tengah) – Kredit: Bank Islam Malaysia Berhad 31158c2263532241eb5c8a99168feb8e66f6980a64b29 Kredit: Bank Islam Malaysia Berhad 59271371969ba18e01150cca41a5d77c66f6981c673aa Kredit: Bank Islam Malaysia Berhad

SHAH ALAM, 27 Sept (Iteenews) — Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard Inspire, kad kredit patuh syariah yang direka khusus untuk golongan profesional muda dengan menawarkanpengecualian fi tahunan sepanjang hayat.

Dibangunkan dengan kerjasama Mastercard, kad inovatif tersebut menawarkan manfaat eksklusif bagi membantu graduan dan individu yang baharu memulakan kerjaya untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih efisien.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam bagi Perbankan Runcit Mizan Masram berkata Kad Kredit-i Mastercard Inspire direka agar bersesuaian dengan pengguna kad kredit pertama yang berusia 21 hingga 35 tahun dengan minimum gaji tahunan sebanyak RM36,000.

“Kad ini bukan sekadar satu alat pembayaran. Ia merupakan kunci untuk membuka pintu pelbagai kemungkinan dan memperkayakan pengalaman pengguna.

“Kami berhasrat untuk mendidik pelanggan dalam pengurusan kewangan yang sihat, pada masa sama membolehkan mereka merasai kenikmatan setiap penemuan penggunaan,” katanyakepadapemberita selepas melancarkankad kredit berkenaan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, turut diadakan acara eksklusif ‘Passport to Inspire’ di Central i-City, di sini,yang bermula 26 Sept hingga 29 Sept denganmemaparkan bengkel interaktif, sesi pengurusan kewangan dan peraduan yang menawarkan hadiah-hadiah edisi khas yang menarik.

Mizan berkata bagi menampilkan rekaan minimalis, kad kredit terbaharu ini boleh didapati dalam empat pilihan warna menarik iaitu ‘refreshing green’, ‘roaring purple’, ‘sky blue’ dan ‘lively yellow’ yang pastinya berpadanan dengan gaya individu.

“Dengan 94 peratus daripada kad ini menggunakan material berasaskan tumbuh-tumbuhan, ia juga merupakan satu pilihan mesra alam,” kata beliau sambil menambah pihaknya menetapkan sasaran 20 peratus golongan muda akan memohon kad kredit yang dilancarkan itu sehingga akhirtahun ini.

Jelas beliau, pemegang kad juga akan menerima ‘2X TruPoints’ bagi pembelian dalam talian dan tiket penerbangan, di samping mata ganjaran tanpa had bagi kesemua pembayaran runcit, sekali gus memberikan lebih nilai untuk setiap transaksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *