Kredit: Bank Islam
KUALA LUMPUR, 19 Jan(Iteenews) –Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kinimemperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaatkompetitif.
Sehubungan itu, bank ini menawarkan ganjaran 5,000 mata Enrich kepada 200 pelanggan terawal yang memohon dan membuat perbelanjaan minimum RM500 sebelum 31 Mac, 2025, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, kata bank itu dalam kenyataannya hari ini.
“Direka khususuntuk meningkatkan gaya hidup pelanggan mewah,kad ini meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga ganjaran TruPoints yang menarik,” katanya.
Kad itukhusus bagi pelanggan yang mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM250,000.
Bank Islam juga menyasarkan untuk meningkatkan pengurusan kekayaan dan portfolio kadnya sebanyak 10 peratus pada 2025 melalui pengenalan kadkredit-i itu.
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit KumpulanMizan Masram berkata sebagai peneraju perbankan Islam Malaysia, bank itu komited menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah komprehensif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.
— BERNAMA