Bangladesh Cari Sokongan Malaysia Untuk Menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN

572e47e9e840ea273f0a4910eb2cc98866deab3cebae4

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Iteenews) –Bangladesh sedang mendapatkan bantuan Malaysia yang akan menjawat pengerusi ASEAN menjelang 2025 untuk menyokong permohonannya menjadi rakan dialog sektoral dan meningkatkan hubungan perdagangan serta pelaburan dengan kumpulan serantau 10 anggota itu.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Shameem Ahsan, berkata sebaik sahaja Malaysia menjadi pengerusi tahun depan, permohonan Dhaka akan berada dalam kedudukan yang lebih untuk dipertimbangkan oleh 10 ekonomi tersebut.

Dengan kedudukan penting Bangladesh dalam Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), beliau berkata terdapat potensi yang agak besar bagi faedah ekonomi melalui kerjasama dengan ASEAN.

"Kami berhasrat dan bersungguh-sungguh untuk menjadi rakan dialog sektoral ASEAN kerana pada masa ini terdapat moratorium bagi menjadi rakan dialog,"katanya kepada Iteenews hari ini.

"Namun begitu, pilihan untuk menjadi rakan dialog sektor terbuka,"katanya lagi.

“Mereka (ASEAN) memerlukan konsensus bagi membenarkan Bangladesh menjadi rakan dialog sektoral.”

Status rakan dialog sektoral akan membuka banyak peluang perdagangan dan pelaburan membabitkan kedua-dua pihak.

Beberapa rakan dialog sektoral ASEAN yang lain termasuk Turki, Maghribi, Pakistan, Emiriyah Arab Bersatu,Switzerland dan Afrika Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *