Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, Crest Group Sasar Kumpul RM45.75 Juta Daripada IPO

ab4cdf808edec49ad2c891db8e75d5d366ea93e48d49cKredit: Crest Group Bhd

KUALA LUMPUR, 18 Sept(Iteenews) –Crest Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpulRM45.75 juta daripada tawaran awam permulaan(IPO).

IPO itu dijadualkan disenaraikan pada 9 Okt, 2024 pada harga 35 sen sesaham.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Pengarah Urusan kumpulan Lim Siong Wai berkata sebanyak RM15.76 juta daripada hasil yang diperolehakan diperuntukkan untuk membuka ibu pejabat baharu syarikat itu di Selangor.

“Ketikaini, kami mempunyai dua pejabat di Puchong dan Subang Jaya. Rancangan kami adalah untuk menyatukan pejabat ini menjadi ibu pejabat baharu kami di Selangor.

"Langkah ini akan membantu menyelaraskan operasi kami, dan dalam jangka panjang, ia akan mengurangkan kos operasi dan ini menjadikan ialebih cekap," katanya pada sidang media sempena pelancaran prospektus IPO tersebut hari ini.

IPO itu melibatkan terbitan awam sebanyak 130.71 juta saham biasa baharu dan tawaran untuk penjualan 103.890 juta saham biasa sedia ada.

Daripada 130.71 juta saham yang diterbitkan, 43.28 juta akan disediakan kepada orang awamMalaysia melalui pengundian, dan 12.98 juta saham akan disediakan kepada pengarah dan pekerja yang layak.

Sementara itu, baki 74.44 juta saham akan disediakan kepada pelabur bumiputera yang dikenal pasti dan diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Malaysia, melalui tawaran saham persendirian.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Crest mengunjurkan permodalan pasarannya akan mencapaiRM302.96 juta semasa penyenaraian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *