Avaland Ekspresi Kehidupan Lestari Menerusi Avenue25

e15f02f765d5a9957f027f5cc19eb9fb670cdc5897b9aKredit: Avaland Berhad

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Iteenews) — Pemaju hartanahAvaland Bhd menetapkan penanda aras baharu dengan menyasarkansemua fasa projekAvenue25 di Subang Jayamencapai pensijilanGreenRE Gold.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pembangunan projek bercampur itu menunjukkan komitmen syarikat dalam memupuk komuniti mampan yang mengutamakan integriti ekologi, hubungan sosial dan ekonomi yang rancak untuk komuniti dan penduduk setempat.

“Avenue25 merangkumi tapak seluas 5.2 hektar (13 ekar),dilengkapi dengan kawasan hijau seluas enamekar yang berdekatan, yang berkonsepkan perkampungan hijau menegak seperti dalamhutan.

"Berteraskan kemampanan, Avaland menetapkan penanda aras baharu di Subang jaya, dengan semua fasanya mencapai pensijilanGreenRE Gold," katanya.

Avaland melancarkanAvaland Show Village sempena projekAvenue25.

Ia juga berkatapelancaran Alora Residences Fasa 1 pada Ogos 2023 menyaksikan minat yang luar biasa dan akanmemperkenalkan Alora Residences Fasa 2 bersama pelan induk penuh Avenue25 dalam beberapa minggu akan datang.

Fasa masa hadapan Avenue25 ialah pangsapuriservis tambahan, ruang runcit dan hab pengangkutan yang komprehensif,

“Pertumbuhan mampan Avaland mencerminkan keyakinan pasaran terhadap tawaran pemaju dan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pelanggan. Memandang ke hadapan, kami kekal optimistik mengenai 2025,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu mencatatkan peningkatan keuntungan bersih lebih tiga kali kepada RM42.8 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM11.2 juta sebelumnya manakala hasil meningkat lebih dua kali kepada RM432.9 juta daripada RM190.4 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *