Kredit: Sekretariat ASEAN Kredit: Sekretariat ASEAN
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 6 Sept(Iteenews) — Rantau ASEAN menyediakan peluang besar untuk dimanfaatkan oleh kalangan perniagaan Chile, khususnya dalam sektor yang dikuasainya secara tradisional seperti perlombongan, perhutanan, pertanian, pembuatan serta ekonomi digital.
Bercakap pada majlis meraikan ulang tahun kelima Perkongsian Pembangunan ASEAN-Chile dan Hari ASEAN ke-57 di Santiago, Chile, pada Rabu, Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepelbagaian pasaran di rantau ini selain pangkalan pengguna yang kian berkembangdan rangkaian perjanjian perdagangan bebas yang luas.
“Pembabitan dengan ASEAN akan menggalakkan lagi kepelbagaian hubungan ekonomi Chileyang seterusnya dapatmengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional sertamemajukan penyepaduan dengan bahagian lain dunia," katanya dalam ucapan itu yangturut dipaparkan di laman sesawang rasmi ASEAN.
Bersandarkan keunikan ASEAN, Kao menggesa perniagaan Chile untuk memanfaatkan peluang pelaburan di rantau ini, khususnya ketikaaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) Chile ke ASEAN secara relatifnya kecil dan memerlukan kerjasama berterusan.
Perdagangan Chile dengan ASEAN mencecah paras tertinggi US$5.17 bilion (US$1=RM4.33) pada 2022, peningkatan sebanyak 80.2 peratus sejak 2020, dipacu oleh sektor-sektor utama termasuk jentera elektrikal, kenderaan dan komponen serta produk tembaga.
Di sebalik penurunan kecil padaUS$4.22 bilion dalam 2023 sebagaimana mengikut pangkalan data Statistik ASEAN setakat Julai 2024, perdagangan kekal memberangsangkan dan melangkaui paras purata lima tahun.
480 juta pengguna aktif internet di ASEAN