Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 27 Okt(Iteenews) — Amerika Syarikat (AS)berminat untuk meneroka perkongsian perubahan iklim dengan Malaysia, menumpukan kepada bahan api penerbangan mampan (SAF).
Langkah tersebutmerupakan antara usaha negara itu untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai masa depan yang bersih dan berdaya tahan berasaskaniklim hijau.
Kaunselor Ekonomi di Kedutaan AS Kuala LumpurDaveWilliams berkata hasrat untuk menjalinkan perkongsian itu adalahsebahagian daripada inisiatif iklim Washington,susulan kelulusan rang undang-undang pendanaan iklim AS 2022 dan Akta Pengurangan Inflasi, yang meliputikredit cukai untuk SAF.
Bagi tujuan itu, tiga jabatan AS iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Tenaga dan Jabatan Pengangkutantelah memberikan komitmenuntuk bekerjasama bagi meningkatkan pembangunan dan penggunaan SAF, katanya kepada Iteenews hari ini.
SAF adalah bahan penting untuk penyahkarbonan perjalananudara, merujuk kepada matlamat AS untuk mengurangkan gas rumah hijau,berbanding dengan penggunaan bahan api pesawatberasaskan petroleum.
“Oleh itu, kami berharap Malaysia dapat memanfaatkan teknologi baharu dan usaha pengkomersialan SAF, dan kami mengalu-alukan usaha Malaysia dalam bidang ini,” katanya.
Menurut laporan,penerbangan komersial bertanggungjawab terhadap dua hingga tiga peratus daripada pelepasan karbon global dan peratusan itu dijangka terus meningkat susulanpemulihan industri penerbangan komersial yang sedang rancakdaripada kesan pandemik COVID-19.
Beliau berkata dalam menghadapi cabaran itu,AS menghargai kerjasamadengan Malaysia dalam memenuhi matlamat iklim bersama.