ARM Holdings dijangka Meterai Perjanjian Berpangkalan Di Malaysia Minggu Depan – PM Anwar

f368a832c1c781b9760fff2783863a7567c1eb5513a0ePerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menampal Logo Singgah MADANI di rangkaian Restoran Nasi Kandar Putrajaya di Restoran Nasi Kandar Liga Maju Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 2. Tururt kelihatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri).

PUTRAJAYA, 28 Feb (Iteenews) — ARM Holdings Plc, syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK)yang menyatakan hasrat mahu berpangkalan di Malaysia bakalmenandatangani perjanjian padaminggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut secara dalam talian pada pagi tadi yang turut disertai ketua pegawai eksekutif SoftBank Group Corp, Masayoshi Son.

SoftBank merupakan syarikat pemegangan pelaburan multinasional terkemuka Jepun.

"Insya-Allah, minggu depan kita dapat selesaikan dan perjanjian akan ditandatangani," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Peletakan Logo Malaysia MADANI di rangkaian Restoran nasi Kandar Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu ketika berucapselepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sekolah Sultan Alam Shah, Perdana Menteri berkatadalam soal reka bentuk dan pembikinan semikonduktor ARM merupakan antara yang cemerlang di dunia.

"ARM memilih untuk berpangkalan di Malaysia, syukur Alhamdulillah," kata beliau.

Sementara itu, Anwarberkatapelaburan sedemikian hanya mampu dikecapi kerana Malaysia mempunyai kestabilan politik serta dasar yang jelas.

Namun, kata beliau,pelaburan besar sebegini turut memberi cabaran kepada negara dalam memastikan tenaga kerja mudaprofesional yang mencukupi.

"Ini ujian besar, apakah kita boleh menyediakan puluhan ribu anak muda profesional?