Arab Saudi Lihat Anak Bulan Zulhijjah Hari Ini, Penentu Hari Arafah Dan Aidiladha 

Ketua Rombongan Haji (KRH) Malaysia Mohd Hisham Harun (kanan)

Oleh Nurliyana Farhah Ruslan

MAKKAH, 27Mei (Iteenews) –Kerajaan Arab Saudi menetapkan hari ini (27 Mei) bersamaan 29 Zulkaedah 1446H sebagai tarikh rasmi untuk melihat anak bulan Zulhijjah.

Ketua Rombongan HajiMalaysia Mohd Hisham Harun berkataKerajaan Arab Saudi akan menjalankan cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh 1 Zulhijjah,seterusnya menentukan tarikh wukuf di Arafah serta Hari Raya Aidiladha.

“Keputusan rasmi dijangka diumumkan selepas waktu Maghrib (waktu tempatan)," katanya ketika ditemui media selepas lawatan ke kawasan operasi masyair di sini semalam

Selain itu, Mohd Hisham berkata bagi memastikan ketetapan ibadah dipatuhi, Jemaah Pakar Rujuk Bimbingan Haji Musim 1446H telah memutuskan bahawa waktu separuh malam pada 10 Zulhijjah bermula 11.36 malam.

"Penetapan waktu ini penting kerana ia menandakan bermulanya waktu bermalam (mabit) di Muzdalifah,waktu melontar Jamrah Kubra,permulaan tahallul awal (bergunting rambut) dan permulaan waktu tawaf haji," katanya.

Ad Banner

Beliau berkatatempoh mabit minimum di Mina pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah ditetapkan sekurang-kurangnya 4 jam 35 minit selepas waktu Maghrib, selari dengan panduan syarak.

Sementara itu, Mohd Hisham memaklumkan tahap kesediaan khemah di Arafah dan Mina bagi operasi masyair jemaah haji Malaysia musim ini telah melebihi 95 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari lagi.

"Khemah bersaiz besar mampu menampung lebih 200 orang pada satu-satu masa dan setiap khemah dilabel jelas nombor maktab dan nombor khemah. Tabung Haji (TH)akan diberi lokasi nombor khemah di Arafah dan Mina dan jemaahboleh membuat semakan melalui aplikasi TH Hujjaj dalam sedikit masa lagi," katanya.