Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
BATU PAHAT, 31Mei (Iteenews) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan satu sindiket membawa keluar lebih 1,300 burung eksotik yang didalangi dua lelaki warga tempatan,semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu PahatKomander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata cubaan menyeludup burung ke negara jiran yang nilai rampasan berjumlah RM100,000 itu gagal setelah bot fiber dinaiki suspek berjaya dipintas bot APMM pada kira-kira 1 pagi.
“Selepas ditahan dan pemeriksaan dilakukanterdapat114 bakul berisi burung murai batu serta murai kampunganggaran lebih1,300 ekor, dengankedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 26 dan27 tahun gagal mengemukan dokumen kebenaran membawa keluar hidupan liar.
“Kedua-dua suspek dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya dalam kenyataanmalam tadi.
Beliau berkatakejayaan tersebutmerupakan hasil risikan berhubung aktiviti penyeludupan di perairan Tanjung Laboh yang dipercayai menjadi lokasi transit utama sindiket penyeludupan hidupan liar.
Mohammad Zaini berkata cubaan seludup tersebutdilakukan kerana terdapat permintaan yang tinggi, selain pihaknya mendapati sindiket menggunakan bot kecil pada waktu malam bertujuan mengaburi pihak berkuasa.
–BERNAMA