Kredit: X – Anwar Ibrahim Kredit: X – Anwar Ibrahim
SHANGHAI, 5 Nov(Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pavilion Malaysia diEkspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, kini sedang dalam rangka lawatan kerja ke China mulai semalam hingga 7 Nov atas jemputan rakan sejawatannya dari China Li Qiang untuk menghadiri persidangan itu.
Menerusi hantaran di laman X, Anwarberkata Pavilion Malaysiayang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menampilkan16 pempamer dan 17 reruai yang mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan serta teknologi inovasi daripada syarikat Malaysia.
Antara sektor utama yang menyertai Pavilion Malaysiatermasuk elektrik dan elektronik (E&E), pertanian, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi, kandungan kreatif, perkhidmatan perniagaan dan logistik.
“Saya turut berkesempatan merasmikan Pavilion Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM)yang disertai 18 syarikat tempatan dan31 reruai daripada industri makanan dan minuman serta perkhidmatan, sekali gus memperluas kehadiran Malaysia dan peluang kerjasama dengan syarikat negara lain,” kata Perdana Menteri.
Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Terdahulu, Perdana Menteri China Li Qiang mengetuai delegasi para pemimpin utama negaramengunjungi beberapa pavilion negara di ekspo tersebut, termasuk PavilionMalaysia selepas majlis pembukaan rasmi CIIE.
China menjadi rakan daganganterbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.
— BERNAMA