Anwar Dapat Kepercayaan Kerajaan, Syarikat Besar UAE Untuk Tingkatkan Kerjasama Ekonomi

b62cf446d9e0b4cfc2fce03da6374a7d678675840f2b4Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika sidang media sebelum mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).Turut sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kiri) dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan).–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 15 Jan (Iteenews) — Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapatkepercayaan kerajaan UAE dan syarikatbesar dari negara teluk itu untuk menjalinkerjasama ekonomi.

Pencapaian utama ialah pemeteraianPerjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dijangka meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kejayaan memeteraiperjanjian perdagangan bebas (FTA) turut membuka ruangkepada perjanjian yang sama dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lain iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar danArab Saudi, malah dengan GCC itu sendiri.

Lawatan kerja selama tiga hari, yang bermulaAhad lepas merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke UAE sejak Oktober 2023dan lawatan pertama beliau ke luar negara selepas Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Walaupun kehadiran Anwar di UAE untuk menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga Pemerintah Dubai, beliau turut mengambil kesempatan untuk bertemu tiga pengurusan kanan syarikat utama dan dana kekayaan berdaulat negara ituiaitu Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Mubadala dan Masdar.

Hasil pertemuan tersebut, Masdar merancang untuk melabur di Malaysia secara usaha sama dengan syarikat tempatan bagi projek tenaga hijau, infrastruktur, bateri utama dan memperkukuh grid tenaga.

ADIA pula berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan rangka kerja Ekonomi MADANI selain projek di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam pembuatan termaju.

Ini turut melibatkan pembangunan infrastruktur, teknologi hijau, tenaga boleh baharu (TBB), logistik, kesihatan, ekonomi digital dan pendidikan.