Anwar Bertemu Pemimpin Perniagaan Terkemuka Korea Selatan Hari Ini

e474fc4e112ca8bbd2a1a557621065746745240c4bee0Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan pertemuan dengan Samsung sempena lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan hari ini.

Daripada Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 26 Nov (Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan wakil 'chaebol', seorang tokoh terkemuka dari konglomerat Korea Selatansebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan mulai 9 pagi (waktu Korea Selatan) dengan syarikat-syarikat terkenal, antaranyaKumpulan Samsung, SK Nexilis, Kumpulan POSCO dan Lotte International.

Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan ‘bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi’ daripada Republik Korea.

Chaebol (tokoh korporat)adalahkonglomerat milik keluarga, secara tradisinya menikmati hubungan rapat dengan kerajaan Korea Selatan.

Sokongan kerajaannegara tersebut terhadapentiti itubermula selepas Perang Korea sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina semula ekonomi negara.

— BERNAMA