Anwar Bertemu Enam MNC Termasuk Google, Nestle Di Luar WEF 2025

9d042c262b19ad231c2310f95a1e13ed678fc1d61a6b6 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Fortescue yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya yang juga Pengasas Fortescue, Minderoo Foundation dan Tattarang Dr Andrew Forrest AO (empat, kiri), hari ini. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), pertemuan itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Mountain Plaza Hotel di sini, apabila Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengetuai delegasi Malaysia.Foto : PMO 34be0cbec85487cd208c92a65e6c7920678fc068d4c27 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) AstraZeneca yang diwakili oleh Ketua Pegawai Strateginya Marc Dunoyer (kanan), hari ini.Foto: PMO 79da8868271b27e2aecf200847392c17678fc0e77e0f3 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) DP World yang diwakili oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Sultan Ahmed Bin Sulayem (tengah), hari ini.Foto: PMO 6926860dec099352f256de014cce973e678fbf365ba31 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Nestle yang diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zon Asia, Oceania dan Afrika Remy Ejel (dua, kiri), hari ini.Foto: PMO 641dac91a0fc3ef72350f7c66ed2dbb4678fbfb73ced3 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Google yang diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google Ruth Porat (kiri), hari ini.Foto: PMO

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 21 Jan(Iteenews) — Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahimhari ini mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan daripada enam syarikat multinasional(MNC) termasuk AstraZeneca, Fortescue, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.

Anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri(MITI), pertemuan itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025diMountain Plaza Hotel di sini, apabila Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengetuai delegasi Malaysia.

Turut hadir menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, berserta pegawai kerajaan.

Anwar meluangkan masa selama setengah jam dalam setiap pertemuan dengan pemimpin perniagaan, bermula denganKetua Pegawai StrategiAstraZenecaMarc Dunoyer, diikuti pertemuan bersamaPengerusi Eksekutif dan Pengasas Fortescue,Minderoo Foundationdan TattarangDr Andrew Forrest AO.

Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia kemudian bertemu DP World, diketuai oleh Pengerusi danCEOnya, Sultan Ahmed Bin Sulayem dan turutmengadakan perbincangan dengan Medtronics,diwakili oleh Naib Presiden Kanan EurasiaMajid Kaddoumi.

Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif dan CEO Zon Asia, Oceania dan Afrika Nestle Remy Ejel.

Kemudian, Anwar dan para pegawai Malaysia mengadakan perbincangan dengan pemimpin daripada Google, diwakili oleh Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google.

Sementara itu, dalam satu hantaran di aplikasi X malam ini,Anwar berkata beliau menggunakan ruang lingkup pertemuan tersebutuntuk menerokalebih banyak sinergi pelaburan dan perdagangan demi kepentingan bersama.