Anak Syarikat Bumi Armada Raih Kemudahan US$400 Juta Bagi Biayai Semula Sukuk RM1.5 Bilion

38b1ae91f2e18f0fa705f1df8c8963795ed0da14b4c59

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Iteenews) –Bumi Armada Bhd (Bumi Armada)mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Bumi Armada Holdings Labuan Ltd (BAHLL)memperoleh kemudahan pinjaman bersindiketdengan tempoh enam tahun pada jumlah prinsipal agregat sehingga US$400 juta bagimembiayai semula sukuk bernilaiRM1.5 bilion.

Menurut syarikat itu,kemudahan berkenaanterdiri daripada pinjaman berjangkabersindiket konvensional sebanyak US$135 juta dan kemudahan Murabahah komoditi bersindiket Islam sebanyak US$265 juta.

“Hasilnyaakan digunakan antara lainke arah penebusan penuh sukuk serta liabiliti lindung nilai mata wang silang dan kadar faedah yang berkaitan,”katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kemudahan itu, yang dijamin oleh Bumi Armada, diatur oleh Maybank Investment Bank Bhd, RHB Bank (L) Ltd, AmInvestment Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd sebagai pengatur utama yang dimandatkan dan disediakan kepada BAHLL oleh lapan bank yang mengambil bahagian.

Pada 2014, program terbitan sukuk tanpa penarafantelah diwujudkan oleh anak syarikat milik penuhnya, Bumi Armada Capital Malaysia Sdn Bhd (BACM), melibatkan terbitan sukuk nilai nominal RM1.5 bilion oleh BACM.

Sukuk tersebut mempunyai tarikh penebusan akhirpada 4 Sept 2024.

Pada 15 Ogos 2024, BAHLL telah menandatangani dokumentasi kemudahan yang berkaitan dengan pengatur dan pemberi pembiayaan.

“Penggunaan kemudahan tersebut dan penebusan sukuk, dijangka sebelum 4 Sept2024. Bumi Armada memaklumkan kemudahan tersebut mendapat permintaan melebihi jumlah yang ditawarkan,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *